November 16, 2013

Konvokesyen Prasekolah SK Taman Universiti 1, Skudai 2013

Pagi ni aktiviti penuh untuk Zulaikha. Pagi pagi lagi kami dah bersiap. Lepas breakfast, kami ke sekolah untuk pendaftaran tahun 1 2014 serta taklimat  dari guru besar..sementara itu zulaikha dibawa ke kelas untuk ujian bertulis untuk penetapan kelas pada tahun 1 nanti. Bermula jam 10, majlis habis jam 12 tengahari. Pulang, kami bersiap pula untuk majlis pada petangnya.
Pendaftaran kedatangan ibubapa untuk majlis konvokesyen pada petang itu yang diadakan di Good Hope Hotel Skudai bermula jam 2.30 petang. Gembira kami melihat Zulaikha. Walaupun tidak mendapat sebarang anugerah kecemerlangan, kami tetap bangga dengan pencapaiannya setakat ni. Dan kami akan terus memberi sokongan dan bimbingan padanya hingga dia besar.

          Guru Besar SK Taman U 1, Skudai

anak ayah & mama

          Persembahan daripada murid-murid pra sekolah


Antara pencapaian murid pra sekolah SK Taman Universiti 1, Skudai - Tahun 2013

Tahniah!!!





autograf daripada pengunjung, ibubapa dan guru-guru


Zulaikha with Cikgu Marini




Moga berjaya hingga ke menara gading....we love u. 

November 5, 2013

PICNIC AT D'PUNGGAI BEACH

Date : 26/10/2013


March 30, 2013

Jom heboh at plaza angsana johor

Hari ni pagi pagi lagi kitorang bersiap. Sejak awal minggu lagi bebudak ni dah cakap nak pegi jom heboh. Untuk tidak mengecewakan bebudak ni...dan aku jugak sebenarnya...hubby setuju jer. Sekarang dah jam 9.40pg...actually dah lambat dah ni...ikut plan jam 7.30 kitorang nak kuar..tapi disebabkan semlm tak dpt tido..terjaga lambat pulak ari nie..... However...zulaikha and yusof masih excited. Lapar plak rasanya....tak sarap lagi nih....
********************************
Boleh masuk ker nie....adoi banyak betul kenderaan..dah tersalah ni...ikut plan pukul 7.30 keluar rumah.... Nie dah dekat pukul 10 dah nie... Ni la gara gara lambat bangun.....

 

*************************** 
Finally...we all breakfast kat singgah selalu danga bay.... Tak dapat masuk.angsana..... Adoiii tolong... Cam ner nak masuk.niii...tak sanggup ler teman nak tinggalkan kete teman sembarangan cam sesetengah orang...
Kat tv tengah lintas langsung jom heboh..dapat tengok yang ni pun ok gak...macam macam idea yang kuar nie.... Rasanya kalau aku parking kat giant pun ok gak kan.... Ok. ...set!!!!!

*************************
Akhirnya kitorang parking kete kat masjid kampung pasir, jalan kaki ke angsana....masuk angsana, penuh giler orang. Nak masuk toilet pun kena beratur... ada pulak program kat angsana tu....!!! Kitorang tak buang masa, terus raund raund kat jom heboh

**************************

Jam 1.30... So tired. Tak larat jalan dah nie...kitorang ambil keputusan tuk masuk angsana jer...lagi pun azan zohor dah berkumandang.... Tak per lah...dapat jalan sikit sikit pun ok.... Nak rasa jer...ni first time pegi jom heboh.... Nak rasa sangat...hah rasakan..aku rasa lain kali tak nak lagi...emmm sorry yer... Tunggu ler anak anak dah besar...muka aku dah penuh dengan peluh....sihat rupanya aku nie....macam kena sembur dengan spray pulak aku tengok... Lupa pulak nak bawak sapu tangan tadi.
Tadi masa kat toilet teringat pulak aku lihat telatah orang yang penuh. Aku ngan anak aku tunggu turn...memang panjang la barisan...alkisahnya ada pulak yang senang senang potong q terus ke depan.....hati aku geram tapi aku diamkan jer. Tetiba aku terdengar someone sound baik punya kat orang yg potong q tu....semua org terdiam...macam malaikat lalu.

August 31, 2012

Raya 2012 - Pertemuan Penuh Makna

 
 









 

July 26, 2012

Birthday Celebration for Yusof and Zulaikha

Dah berminggu dah kitorang celebrate birthday ngan yusof, baru hari ni berpeluang untuk mencoret memori ni kat blog. Tiap-tiap hari Zulaikha tanya bila nak celebrate birthday dia, mana tidaknya sejak birthday dia 19.06 yang lepas, aku janji nak buat birthday untuk dia. Memandangkan hari jadi dia ngan Yusof tak jauh, kitorang decide tuk buat sekali. Jimat!


KEK BIRTHDAY ZULAIKHA (5 TAHUN) DAN YUSOF (3 TAHUN)


Gelagat ika ngan yusof...

February 17, 2012

LEXIS PORT DICKSON (THE LAGEND WATER CHALET)

4 FEB 2012 - 6 FEB 2012
 
Akhirnya impain percutian kami sepejabat tercapai. Percutian ke Lexis Port Dickson pada 4 hingga 6 Januari lalu berjalan lancar sepertimana dirancang walaupun terdapat masalah pada saat-saat akhir beberapa hari sebelum kami bertolak. Jam 9.30 kami sekeluarga bertolak dari Skudai menuju Restoran Jejantas Air Keroh, tempat kami berkumpul untuk konvoi bersama-sama menuju ke Port Dickson.

FIRST DAY - 4/2/2012

 
Hari cuti umum selama 2 hari yang jatuh pada 5 dan 7 bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul serta Thaipusam memberikan kami peluang untuk bercuti panjang. Jam 3 petang kami kami check-in di lobi hotel. Lantas terus ke chalet masing-masing untuk merehatkan diri.
 
 
Lengkap dengan bath tab dan shower.....dekorasi dalaman juga sangat menarik dan selesa.
 
  

Jam 8 malam kami berkumpul di pantai Bagan Pinang untuk aktiviti BBQ serta birthday celebration untuk en hamdan, rakan sepejabat.

 makan malam depan pantai Bagan Pinang. 


SECOND DAY
Hari kedua - Lepas breakfast, kami jalan jalan sekitar Lexis, ambil angin sambil menikmati pemandangan disekeliling chalet.

Pemandangan Grand Lexis dari banginan Lexis. Grand Lexis ada kolam renang sendiri di setiap bilik. 
Lebih mahal dari Lexis.

 
 Pemandangan Chalet Lexis.

   
 
Bawa anak jalan-jalan.....Peace Yo!!!
 
  



October 11, 2011

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU

Alhamdulillah.... akhirnya rancangan percutian kami sekeluarga berjaya jua. Walaupun terdapat serba sedikit kekurangan, secara umumnya ianya berjalan lancar. Percutian selama 3 hari bersama ahli keluarga seramai 11 orang itu membawa kenangan kepada kami sekeluarga.

Hari Pertama, Khamis 29/09/2011 : Seperti dirangka, kami berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai Johor jam 8 pagi. Aku dah check-in online, so senang sikit.

Penerbangan mengambil masa lebih 2 jam itu sebenarnya bukanlah pengalaman yang manis bagi sesetengah orang. Ada yang sakit telinga hingga tak boleh tahan. Nasib baik kedua-dua orang ankku tidak mengahadapi masalah itu. Malah aku juga tidak merasainya. Namun, kesian dengan hubby yang kesakitan.


 Pemandangan dari atas kapal terbang

Sejurus tiba, kami mendapatkan perkhidmatan kereta sewa dan teksi untuk menghantar kami ke Tune Hotel, Kota Kinabalu yang terletak di bangunan 1Borneo.


Jam 2.30 petang, kami check in di Hotel Tune Hotel. Selepas makan tengahari, kami berehat di kamar masing-masing dan petangnya kami jalan-jalan di sekitar 1B.


Inilah  Restoran Nur Balqis yang terletak di tingkat bawah hotel. Bertentangan dengannya ada Pasaraya Giant. Buat mereka yang baru nak berkunjung ke KK, dimaklumkan harga makanan di KK agak tinggi sedikit, kalau nak save, boleh bawa makanan sendiri.



Hari Kedua - 30/09/2011- Jesselton Point, Pulau Manukan, Waterfront, Pasar Malam KK, Pasar Kraftangan

Kami bertolak awal dari hotel menuju ke Jeti Jesselton Point. Perjalanan kami akan melalui UMS  dan masjid terapung KK yang juga merupakan salah satu tarikan di sini. Setibanya di jeti kami mengalas perut  di restoran berhampiran. Setibanya di Pulau Manukan, kami tidak melepaskan peluang bermandi manda di sana. Airnya sangat jernih.....pasti memukau sesiapa sahaja yang memandang. Nakkan pengalaman digigit ikan? Cubalah berenang kat sini!!!

 
 
Tempoh hingga jam petang sudah memadai untuk kami merasai keindahan pulau ini. Kami kemudian menaiki bot untuk kembali ke jeti. Memandangkan perut sudah lapar, kami makan dan berehat seketika di restoran berhampiran Pasar Kraftangan.
 
Rambang mata dengan pelbagai hiasan serta kraftangan semasa berada di pasar Filipino/Kraftangan.
Kami sempat menikmati pemandangan matahari terbenam di Waterfront.

Setelah penat berjalan-jalan, jam 10 malam kami bertolak pulang ke hotel.

Hari Ketiga - 1/10/2011 - Sabtu - Kaki Gunung Kinabalu, Kundasang,

Perjalanan awal kami hari ini membawa tuah kerana kami dapat meliat gunung kinabalu yang tersergam indah. Alhamdulillah. Menurut pemandu pelancong, tidak semua yang hadir ke sini bertuah untuk menikmati pemandangan tersebut. 

Persinggahan pertama

TIMPOHON VIEW


KINABALU PARK

KUNDASANG

KUNDASANG WAR MEMORIAL




Sejarah - memorial Perang Dunia Kedua - Patikan Dari
http://wwwtourismmalaysia.blogspot.com/2010/10/memorial-perang-dunia-keduakundasang.html


“Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.”
“Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat terus sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun.”
“Menjelang tahun 1945 tentera Jepun risau bahawa pihak Bersekutu akan menyerang Borneo Timur. Akhirnya, tentera perang yang masih hidup itu iaitu seramai 1066 orang telah dipindahkan secara berturut dalam perjalanan maut sejauh 265km ke barat. Seramai 290 orang tawanan perang yang ditinggalkan di hospital di Sandakan telah meninggal dunia.”
“Lebih dari 1000 orang tawanan perang meninggal dalam perjalanan maut ini atau di Kem Tahanan Ranau. Sukar dipercayai bahawa enam orang tahanan perang yang kelaparan dan kurus kering itu telah berjaya melepaskan diri untuk mendedahkan tragedi perang yang mereka alami.”
“Dari 2500 tawanan perang di Sandakan, mereka inilah yang dapat pulang ke pangkuan keluarga.”