April 27, 2011

Lagu kami....

Inilah lagu kegemaran zulaikha.....

April 26, 2011

AKU....GAYAKU....
















GAMBAR-GAMBAR CURI..............























Nie gambar aunty Dila ngan aunty Mira (dicuri dari Friendster aunty Dila).... sorry jangan mare!!!























Nie gambar oyang ngan aunty dilla












Gambar nie di ambil dari Friendster aunty Shidah.... ooooo guna gambar oghang yer!!!!















Gambar nie diambil dari Friendster aunty Nadia.....
Nielah family aunty Nadia.........

Happy Birthday

April 20, 2011

April 18, 2011

Coret Coret Cikit....

Hari ni 19.04.2011, kalau kat Perak skang nie, cuti sempena Birthday Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, sultan Perak yang aku kagumi. Masa zaman skolah dulu-dulu, kitorang selalu cakap nak tunggu Raja Nazrin, anak sultan Perak, masa tu dia belum kahwin lagi. Masing-masing dengan cerita sendiri, macam-macam gaya nak tunjukkan ke'admire'ran diorang pada Raja Nazrin. Hah....tu cerita lama.! Jauh pulak aku menyimpang.
Sekarang, aku kat opis....meja berselerak atas meja nie! Sambil mendengar lagu Iklim...membuai pulak feeling aku nie. "Seribu kali Sayang". Dulu masa kat sekolah, aku suka suruh classmate aku si Harun nyanyi lagu Iklim, suara dia memang boleh tahan. Tapi tak penah dia nak nyanyi, tapi dalam kelas, selalu jugak dia nyanyi sorang-sorang, nak lepaskan tension lah kut!!!

Sepanjang dua hari nie, aku sibuk keluarkan statement of account.....nak kejar hutang. Sebulan dua nie cam skit jer duit masuk....mesti risau giler bos aku tu. Mana taknyer...sorry en bos....aku sibuk skit ngan tender seminggu dua nie dan yang paling banyak nak update account. Suppose akaun aku nie dah kena hantar kat auditor, tapi dah nak hujung bulan April nie masih tak hantar lagi. Aku bajet minggu depan boleh hantar ler kut, tinggal skit jer lagi.
Nak mintak hutang nie, kena ada skill, kalu tak susah skit. Aku pun sebenarnya masih banyak lagi yang kena belajar. Bahasa kena baik, tak boleh marah-marah. Kalau diorang kata tak der payment lagi, kira ok ler tu, mungkin jugak diorang tak der duit, tapi yang susah kalau dia cakap tak nak bayar! Parah nie. Ada pulak yang suruh bos kita call balik.
Keluarkan statement of account nie bukan bermakna kita nak collect hutang jer, tapi yang paling penting supaya debtors tahu kedudukan akaun diorang. Kekang ada invoice kita yang tak sampai kat tangan yang sepatutnya. Misalnya....masa hantar invoice, si A yang dapat, dia simpan kat meja dia, pas tu lupa nak pas kat akau dept. so payment pun tak keluar! Paling teruk kalau ada staf yang simpan barang tu berenti plak. Kalau trading company ok lagi, tapi kalau akaun contract teruk skit.
Mengikut pengalaman aku 10 tahun dalam bidang nie, walaupun dah bertahun-tahun menguruskan perniagaan, tak semua bos tahu cam ner nak menguruskan dokumentasi perniagaan mereka. Ada kes di mana aku tak dapat nak claim kat customer. Invoice ada tapi supporting dokument tak der langsung. First....Appointment Letter...., ni yang paling penting, at lease boleh rujuk terma-terma contract. Kalau keluar invoice, kena attach sekali dengan buktinya. Jangan biarkan invoice tu sorang-sorang. Cian dia, tak der kawan. At lease, ada work order ker, purchase order ker, barulah kukuh skit invoice tu. One day, kalau orang akaun tu berenti ker, bolehlah orang lain rujuk! Senang skit kan. Dan paling penting, pastikan smua kontrak ada 'Appointment Letter/ Award Letter', baru projek jalan. Kalau tak der, susah nanti masa nak claim.

******Rehat jap...disscuss ngan officemate******

key... aku nak sambung keje....byee....