October 11, 2011

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU

Alhamdulillah.... akhirnya rancangan percutian kami sekeluarga berjaya jua. Walaupun terdapat serba sedikit kekurangan, secara umumnya ianya berjalan lancar. Percutian selama 3 hari bersama ahli keluarga seramai 11 orang itu membawa kenangan kepada kami sekeluarga.

Hari Pertama, Khamis 29/09/2011 : Seperti dirangka, kami berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai Johor jam 8 pagi. Aku dah check-in online, so senang sikit.

Penerbangan mengambil masa lebih 2 jam itu sebenarnya bukanlah pengalaman yang manis bagi sesetengah orang. Ada yang sakit telinga hingga tak boleh tahan. Nasib baik kedua-dua orang ankku tidak mengahadapi masalah itu. Malah aku juga tidak merasainya. Namun, kesian dengan hubby yang kesakitan.


 Pemandangan dari atas kapal terbang

Sejurus tiba, kami mendapatkan perkhidmatan kereta sewa dan teksi untuk menghantar kami ke Tune Hotel, Kota Kinabalu yang terletak di bangunan 1Borneo.


Jam 2.30 petang, kami check in di Hotel Tune Hotel. Selepas makan tengahari, kami berehat di kamar masing-masing dan petangnya kami jalan-jalan di sekitar 1B.


Inilah  Restoran Nur Balqis yang terletak di tingkat bawah hotel. Bertentangan dengannya ada Pasaraya Giant. Buat mereka yang baru nak berkunjung ke KK, dimaklumkan harga makanan di KK agak tinggi sedikit, kalau nak save, boleh bawa makanan sendiri.



Hari Kedua - 30/09/2011- Jesselton Point, Pulau Manukan, Waterfront, Pasar Malam KK, Pasar Kraftangan

Kami bertolak awal dari hotel menuju ke Jeti Jesselton Point. Perjalanan kami akan melalui UMS  dan masjid terapung KK yang juga merupakan salah satu tarikan di sini. Setibanya di jeti kami mengalas perut  di restoran berhampiran. Setibanya di Pulau Manukan, kami tidak melepaskan peluang bermandi manda di sana. Airnya sangat jernih.....pasti memukau sesiapa sahaja yang memandang. Nakkan pengalaman digigit ikan? Cubalah berenang kat sini!!!

 
 
Tempoh hingga jam petang sudah memadai untuk kami merasai keindahan pulau ini. Kami kemudian menaiki bot untuk kembali ke jeti. Memandangkan perut sudah lapar, kami makan dan berehat seketika di restoran berhampiran Pasar Kraftangan.
 
Rambang mata dengan pelbagai hiasan serta kraftangan semasa berada di pasar Filipino/Kraftangan.
Kami sempat menikmati pemandangan matahari terbenam di Waterfront.

Setelah penat berjalan-jalan, jam 10 malam kami bertolak pulang ke hotel.

Hari Ketiga - 1/10/2011 - Sabtu - Kaki Gunung Kinabalu, Kundasang,

Perjalanan awal kami hari ini membawa tuah kerana kami dapat meliat gunung kinabalu yang tersergam indah. Alhamdulillah. Menurut pemandu pelancong, tidak semua yang hadir ke sini bertuah untuk menikmati pemandangan tersebut. 

Persinggahan pertama

TIMPOHON VIEW


KINABALU PARK

KUNDASANG

KUNDASANG WAR MEMORIAL




Sejarah - memorial Perang Dunia Kedua - Patikan Dari
http://wwwtourismmalaysia.blogspot.com/2010/10/memorial-perang-dunia-keduakundasang.html


“Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.”
“Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat terus sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun.”
“Menjelang tahun 1945 tentera Jepun risau bahawa pihak Bersekutu akan menyerang Borneo Timur. Akhirnya, tentera perang yang masih hidup itu iaitu seramai 1066 orang telah dipindahkan secara berturut dalam perjalanan maut sejauh 265km ke barat. Seramai 290 orang tawanan perang yang ditinggalkan di hospital di Sandakan telah meninggal dunia.”
“Lebih dari 1000 orang tawanan perang meninggal dalam perjalanan maut ini atau di Kem Tahanan Ranau. Sukar dipercayai bahawa enam orang tahanan perang yang kelaparan dan kurus kering itu telah berjaya melepaskan diri untuk mendedahkan tragedi perang yang mereka alami.”
“Dari 2500 tawanan perang di Sandakan, mereka inilah yang dapat pulang ke pangkuan keluarga.”