August 31, 2012
July 26, 2012
Birthday Celebration for Yusof and Zulaikha
Dah berminggu dah kitorang celebrate birthday ngan yusof, baru hari ni berpeluang untuk mencoret memori ni kat blog. Tiap-tiap hari Zulaikha tanya bila nak celebrate birthday dia, mana tidaknya sejak birthday dia 19.06 yang lepas, aku janji nak buat birthday untuk dia. Memandangkan hari jadi dia ngan Yusof tak jauh, kitorang decide tuk buat sekali. Jimat!
KEK BIRTHDAY ZULAIKHA (5 TAHUN) DAN YUSOF (3 TAHUN)
Gelagat ika ngan yusof...
February 17, 2012
LEXIS PORT DICKSON (THE LAGEND WATER CHALET)
4 FEB 2012 - 6 FEB 2012
Akhirnya impain percutian kami sepejabat tercapai. Percutian ke Lexis Port Dickson pada 4 hingga 6 Januari lalu berjalan lancar sepertimana dirancang walaupun terdapat masalah pada saat-saat akhir beberapa hari sebelum kami bertolak. Jam 9.30 kami sekeluarga bertolak dari Skudai menuju Restoran Jejantas Air Keroh, tempat kami berkumpul untuk konvoi bersama-sama menuju ke Port Dickson.
FIRST DAY - 4/2/2012
Hari cuti umum selama 2 hari yang jatuh pada 5 dan 7 bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul serta Thaipusam memberikan kami peluang untuk bercuti panjang. Jam 3 petang kami kami check-in di lobi hotel. Lantas terus ke chalet masing-masing untuk merehatkan diri.
Lengkap dengan bath tab dan shower.....dekorasi dalaman juga sangat menarik dan selesa.
Jam 8 malam kami berkumpul di pantai Bagan Pinang untuk aktiviti BBQ serta birthday celebration untuk en hamdan, rakan sepejabat.
makan malam depan pantai Bagan Pinang.
SECOND DAY
Hari kedua - Lepas breakfast, kami jalan jalan sekitar Lexis, ambil angin sambil menikmati pemandangan disekeliling chalet.

Pemandangan Grand Lexis dari banginan Lexis. Grand Lexis ada kolam renang sendiri di setiap bilik.
Lebih mahal dari Lexis.
Pemandangan Chalet Lexis.
Bawa anak jalan-jalan.....Peace Yo!!!
Labels:
Lexis port dickson.
October 11, 2011
PERCUTIAN KE KOTA KINABALU
Alhamdulillah.... akhirnya rancangan percutian kami sekeluarga berjaya jua. Walaupun terdapat serba sedikit kekurangan, secara umumnya ianya berjalan lancar. Percutian selama 3 hari bersama ahli keluarga seramai 11 orang itu membawa kenangan kepada kami sekeluarga.
Hari Pertama, Khamis 29/09/2011 : Seperti dirangka, kami berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai Johor jam 8 pagi. Aku dah check-in online, so senang sikit.
Pemandangan dari atas kapal terbang
Sejurus tiba, kami mendapatkan perkhidmatan kereta sewa dan teksi untuk menghantar kami ke Tune Hotel, Kota Kinabalu yang terletak di bangunan 1Borneo.
Jam 2.30 petang, kami check in di Hotel Tune Hotel. Selepas makan tengahari, kami berehat di kamar masing-masing dan petangnya kami jalan-jalan di sekitar 1B.
Inilah Restoran Nur Balqis yang terletak di tingkat bawah hotel. Bertentangan dengannya ada Pasaraya Giant. Buat mereka yang baru nak berkunjung ke KK, dimaklumkan harga makanan di KK agak tinggi sedikit, kalau nak save, boleh bawa makanan sendiri.
Hari Kedua - 30/09/2011- Jesselton Point, Pulau Manukan, Waterfront, Pasar Malam KK, Pasar Kraftangan
Kami bertolak awal dari hotel menuju ke Jeti Jesselton Point. Perjalanan kami akan melalui UMS dan masjid terapung KK yang juga merupakan salah satu tarikan di sini. Setibanya di jeti kami mengalas perut di restoran berhampiran. Setibanya di Pulau Manukan, kami tidak melepaskan peluang bermandi manda di sana. Airnya sangat jernih.....pasti memukau sesiapa sahaja yang memandang. Nakkan pengalaman digigit ikan? Cubalah berenang kat sini!!!




Tempoh hingga jam petang sudah memadai untuk kami merasai keindahan pulau ini. Kami kemudian menaiki bot untuk kembali ke jeti. Memandangkan perut sudah lapar, kami makan dan berehat seketika di restoran berhampiran Pasar Kraftangan.


Rambang mata dengan pelbagai hiasan serta kraftangan semasa berada di pasar Filipino/Kraftangan.



Kami sempat menikmati pemandangan matahari terbenam di Waterfront.
Setelah penat berjalan-jalan, jam 10 malam kami bertolak pulang ke hotel.
Hari Ketiga - 1/10/2011 - Sabtu - Kaki Gunung Kinabalu, Kundasang,
Perjalanan awal kami hari ini membawa tuah kerana kami dapat meliat gunung kinabalu yang tersergam indah. Alhamdulillah. Menurut pemandu pelancong, tidak semua yang hadir ke sini bertuah untuk menikmati pemandangan tersebut.
Persinggahan pertama



TIMPOHON VIEW













KUNDASANG






KUNDASANG WAR MEMORIAL



http://wwwtourismmalaysia.blogspot.com/2010/10/memorial-perang-dunia-keduakundasang.html
“Semasa
Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British
dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang
pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan
kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang
pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia
dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.”
“Keadaan
hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem
tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam
terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun
meningkat terus sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba
sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu
kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak
tentera Jepun.”
“Menjelang
tahun 1945 tentera Jepun risau bahawa pihak Bersekutu akan menyerang
Borneo Timur. Akhirnya, tentera perang yang masih hidup itu iaitu
seramai 1066 orang telah dipindahkan secara berturut dalam perjalanan
maut sejauh 265km ke barat. Seramai 290 orang tawanan perang yang
ditinggalkan di hospital di Sandakan telah meninggal dunia.”
“Lebih
dari 1000 orang tawanan perang meninggal dalam perjalanan maut ini atau
di Kem Tahanan Ranau. Sukar dipercayai bahawa enam orang tahanan perang
yang kelaparan dan kurus kering itu telah berjaya melepaskan diri untuk
mendedahkan tragedi perang yang mereka alami.”
“Dari 2500 tawanan perang di Sandakan, mereka inilah yang dapat pulang ke pangkuan keluarga.”
Subscribe to:
Comments (Atom)


